Suami isteri tempuh detik cemas kereta terbakar dalam kemalangan di Ipoh

SEPASANG  suami isteri menempuh detik cemas apabila kereta mereka terbakar dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, selepas Plaza Tol Ipoh, hari ini.

Dalam satu kenyataan, Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran kenderaan itu pada jam 8.20 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba lapan minit kemudian.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati sebuah kereta terbakar hampir 80 peratus selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain.

“Difahamkan, terdapat dua mangsa iaitu sepasang suami isteri berusia lingkungan 68 tahun yang mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa telah diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  di lokasi kejadian.

Shazlean memberitahu  sebuah lagi kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah dialihkan oleh kenderaan penunda.

Katanya, operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam 8.33 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.25 pagi.

 Seramai enam anggota bomba terlibat dalam operasi dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img