Sultan Ibrahim berkenan kurniakan masjid baharu kepada penduduk Batu Muda, Kuala Lumpur

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan sebuah masjid baharu untuk kegunaan penduduk di kawasan Batu Muda, Kuala Lumpur.

Seri Paduka Baginda bertitah, tapak masjid seluas dua ekar yang telah diperkenankan itu terletak di sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.

Sultan Ibrahim  menerima menghadap Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud di Istana Bukit Tunku hari ini. GAMBAR: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah;

“Sudah lama saya simpan hajat untuk memberi sebuah masjid untuk penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan setelah berbincang dengan Datuk Bandar, hari ini pada Jumaat yang mulia, hajat ini dapat dizahirkan.

“Seluruh kos berkaitan pembinaan masjid ini akan ditanggung oleh saya sendiri. Reka bentuknya juga saya tentukan untuk diambil berasaskan Masjid Kampung Mahmoodiah di Johor Bahru. Semoga ia bermanfaat untuk semua, dunia dan akhirat, insya-Allah,” titah Seri Paduka Baginda

Seri Paduka Baginda bertitah demikian kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud yang diperkenankan menghadap di Istana Bukit Tunku, di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rosli Nordin.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img