Sultan Ibrahim zahir amanat tegas mahu rasuah diperangi tanpa kompromi

YANG di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan amanat tegas baginda agar usaha memerangi rasuah dilaksanakan tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Seri Paduka Baginda turut menekankan bahawa integriti dan ketelusan pentadbiran merupakan asas penting dalam memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negeri terus terpelihara.

Baginda bertitah demikian ketika  Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang Datin Paduka Hazlina Jalil dan Pengarah Tanah dan Galian Johor Mohammed Shakib Ali.

Pertemuan selama hampir dua jam itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa serta kemajuan pesat yang dicapai Onn Hafiz.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img