Suruhanjaya Sekuriti peroleh waran tangkap Dr Mohd Karim

SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memohon maklumat daripada orang ramai untuk mengesan bekas Pengerusi Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah.

Dalam satu kenyataan hari ini,  suruhanjaya itu memperoleh waran tangkap terhadap Mohd Abdul Karim yang juga pengarah bukan eksekutif dan bukan bebas SCIB, dan dikehendaki berhubung kesalahan di bawah Seksyen 396(b)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Seksyen itu berkaitan pemberian pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad berhubung hal ehwal syarikat berkenaan.

“Maklumat terakhir mengenai alamat beliau ialah di No 35, Jalan Hijau Pelangi U9/51, The Lake Garden Villas Cahaya SPK, Seksyen U9, 40150 Shah Alam, Selangor serta unit kediaman bernombor 3401, 345 di Burj Khalifa, Dubai, Emiriah Arab Bersatu,’’ kata SC.

Menurut SC, Mohd Abdul Karim sebelum ini pernah didakwa oleh SC pada 2021 berkaitan pemberian maklumat palsu dalam penyata kewangan Serba Dinamik Holdings Berhad.

“Bagaimanapun, perkara itu diselesaikan melalui kompaun selepas Pendakwa Raya menerima representasi beliau, dengan Mohd Abdul Karim dikenakan kompaun sebanyak RM3 juta,” kata kenyataan tersebut.

 Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Mohd Abdul Karim boleh menghubungi SC di talian 012-6112496 atau e-mel aduan@seccom.com.my.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img