Tambahkan tautan kasih kepada umat Islam yang sedang diuji – MB Kelantan

UMAT Islam diseru menghayati sambutan Maulidur Rasul dengan menambahkan tautan kasih sayang kepada saudara seakidah yang sedang berhadapan ujian besar khusus rakyat Palestin, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

“700 hari berlalu sejak Taufan al-Aqsa bermula, situasi terkini di medan bukan sahaja isu kemanusiaan tetapi genosid yang amat zalim dan ganas.

“Jiwa insani orang beriman seperti dihiris-hiris yang membawa kepada pelbagai inisiatif pertolongan dan solidariti termasuk misi Sumud Nusantara yang bergerak bersama-sama komuniti dunia yang punya jiwa kemanusiaan, membawa misi bantuan kepada saudara-saudara kita di sana,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Beliau berkata selagi ada darah dan nafas, Palestin tetap jantung hati umat Islam dan inilah kasih sayang yang diwarisi daripada Rasulullah SAW, yang tidak pernah terpadam.

“Buktikan kasih sayang kita dengan memastikan jihad harta terus disumbangkan dan doa serta qunut nazilah buat mereka kerana mereka adalah jantung hati kita bersama,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img