Tekanan pada leher punca kematian murid Tahun Empat di Seremban

Kematian seorang murid Tahun Empat yang ditemui tidak sedarkan diri dalam tandas lelaki sebuah sekolah di Seremban, semalam disahkan berpunca daripada tekanan .hpada leher.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata ia berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan di Unit Perubatan Forensik, Hospital Rembau di sini, petang tadi.

” Hasil bedah siasat itu juga mendapati tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

  Beliau memberitahu  setakat ini, sebanyak 27 keterangan sudah dirakamkan dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan.

“Ia termasuk mengenal pasti punca tindakan sebelum kejadian, sehinggalah kepada siasatan ketika mangsa dijumpai tidak sedarkan diri dalam tandas.

“Polis menggesa diberi ruang menjalankan siasatan yang telus dan dilaksanakan dengan mengambil kira pematuhan terhadap sensitiviti kanak kanak yang dilindungi bawah peruntukan undang-undang Akta Kanak-Kanak 2001 memandangkan siasatan juga membabitkan saksi kanak-kanak.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat spekulasi tidak berasas yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya.

Sementara itu, jenazah mangsa dibawa keluar dari Unit Perubatan Forensik, Hospital Rembau, kira-kira jam 6.30 petang tadi selepas hampir tiga jam proses bedah siasat dijalankan.

Jenazah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights selepas solat maghrib.

Terdahulu, media melaporkan polis mengklasifikasikan kes kematian itu mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan, iaitu buli melalui komunikasi.

Alzafny dipetik berkata, kanak-kanak berusia 10 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah tandas sekolah berkenaan sebelum dihantar ke sebuah klinik swasta.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img