Tender Tentera Darat : SPRM kesan cubaan pindah wang tunai RM2.4 juta dari sebuah rumah ke kediaman lain

SURUHANJAYA  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagalkan cubaan memindahkan wang tunai kira-kira RM2.4 juta yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, wang itu  ditemukan hasil maklumat risikan terbaru yang diterima pihaknya semalam.

“Wang tersebut dijumpai ketika seorang suspek awam cuba melarikan wang berkenaan dari sebuah rumah ke kediaman lain. Pagi tadi saya dimaklumkan mengenai wang yang dirampas, lebih kurang RM2.4 juta dalam bentuk tunai.

“Ini adalah antara wang salah seorang subjek yang terbabit dalam kes ini yang cuba dilarikan dari satu rumah ke rumah lain,” katanya lapor Harian Metro.

Semalam, 17 pengarah syarikat ditahan reman lima hari oleh SPRM kerana disyaki terbabit dalam rangkaian kartel tender projek perolehan itu.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki membayar wang rasuah kepada pegawai kanan TDM sebagai balasan untuk mendapatkan projek-projek pembekalan dan penyelenggaraan dengan TDM.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img