TENTERA Nepal mengambil alih kuasa setelah tercetusnya demonstrasi selama dua hari yang menyebabkan 20 orang terbunuh, 350 cedera dan tersingkirnya Perdana Menteri negara itu, KP Sharma Oli.
Anggota tentera telah dikerahkan untuk menegakkan undang-undang dan menjaga keamanan ketika penunjuk perasaan merosakkan kemudahan awam dan membebaskan tahanan.
Sebelumnya Komandan Tentera Jeneral Ashok Raj Singdel meminta rakyat negara itu bertenang dan mengadakan dialog bagi menyelesaikan krisi yang terjadi negara Himalaya itu.

Berikutan rusuhan yang berlaku seluruh lapangan terbangan ditutup manakala Presiden Ramachandra Paudel mempersiapkan pembentukan pemerintahan baru setelah menerima peletakan jawatan Sharma Oli.
Sementara itu, Isteri bekas Perdana Menteri Nepal, Jhala Nath Khanal, meninggal dunia semalam, selepas terbakar hidup-hidup apabila rumahnya diserang dan dibakar semasa protes ganas menentang kerajaan itu.
Dalam huru-hara itu, bangunan Parlimen Nepal serta kediaman pemimpin politik lain turut dibakar.
Protes yang diketuai golongan Gen Z bermula pada Isnin, tercetus susulan larangan kerajaan terhadap platform media sosial utama, selain kebencian lama terhadap rasuah politik dan kekurangan peluang bagi belia.


