Tentera Darat rampas dadah dibungkus menyerupai peket beras bernilai RM10 juta

TENTERA Darat Malaysia (TDM) berjaya merampas dadah bernilai lebih RM10 juta yang cuba diseludup masuk ke negara ini selepas menahan seorang lelaki warga Thailand, kira-kira  1.2 kilometer dari Kem Sahara di Kuala Nerang, Kedah, semalam.

Dadah itu dimuatkan dalam sembilan guni mengandungi bungkusan peket kecil seperti beras ditemukan selepas menahan lelaki berkenaan kira-kira jam 4.30 pagi.

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat berkata, kejayaan itu hasil tindakan pantas kumpulan serbuan dan tangkapan (Serkap) 4 Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) yang ketika itu  menjalankan operasi di Zon Utara bawah tanggungjawab Briged ke-6 Infantri.

Pasukan Serkap yang diketuai Kapten Muhammad Zulharif Abdul Rahim bersama lima anggota dari Platun 6, 4 RRD menahan lelaki warga Thailand berkenaan yang mencurigakan tidak jauh dari Kem Sahara, Kuala Nerang, katanya.

Kata kenyataan itu, susulan penahanan lelaki terbabit, pemeriksaan lanjut pada jam 7 pagi di sepanjang laluan suspek menemukan 331 bungkusan berisi ketulan dan serbuk kristal disyaki dadah methamphetamine, masing-masing seberat satu kilogram.

Nilai setiap bungkusan dianggarkan RM33,000, menjadikan keseluruhan rampasan berjumlah RM10.923 juta, ujarnya.

“Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap pada 2.55 petang semalam untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kejayaan menyekat cubaan penyeludupan dadah masuk dadah itu merupakan rampasan terbesar pasukan tersebut tahun ini.

Tambah kenyataan tersebut, pemeriksaan yang dibuat ke atas  suspek menemukan beberapa peralatan termasuk sebuah walkie-talkie, sebilah parang, satu beg pinggang dan lampu suluh.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img