Kereta terjunam dalam parit, dua beradik meninggal dunia

DUA beradik meninggal dunia selepas Proton Wira dinaiki terbabas masuk ke dalam parit petang semalam.

Kejadian berlaku di Jalan Bendang, Parit 4, Sungai Besar, Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, remaja lelaki berusia 15 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam, manakala pemuda berusia 20 tahun maut di lokasi kejadian.

Beliau berkata, semakan mendapati hubungan kedua-dua mangsa adalah adik-beradik tiri.

Katanya, nahas berlaku ketika kereta dinaiki dari Sungai Haji Dorani ke Jalan Parit 1 Bagan Terap, Sungai Besar hilang kawalan dan terbabas lalu termasuk ke dalam parit berair (terusan utama) di sebelah kanan jalan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Polis meminta saksi kejadian supaya tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Siti Atikah Md Ali di talian 013-3328212 bagi membantu siasatan,” katanya, lapor Harian Metro Online.

Terdahulu, media melaporkan seorang maut, manakala seorang lagi tidak sedarkan diri selepas Proton Wira dinaiki terbabas dan masuk ke dalam parit.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img