TERKINI: Penganjur sahkan kapal flotilla ditahan tentera Israel, nasib peserta belum diketahui

TERKINI – WAKTU MALAYSIA 

PUKUL 3.35 PAGI  –  Kenyataan Kecemasan – Global Sumud Flotilla:

Pada hari Rabu, 1 Oktober 2025 sekitar pukul 8:30 malam waktu Gaza, beberapa kapal Global Sumud Flotilla termasuk Alma, Surius dan Adara telah diceroboh dan dinaiki secara haram oleh tentera  Israel di perairan antarabangsa.

Sebelum pencerobohan berlaku, kapal-kapal tentera laut Israel dipercayai sengaja merosakkan sistem komunikasi kapal bagi menghalang isyarat kecemasan dan menghentikan siaran langsung ketika serangan haram itu berlaku.

Selain kapal yang telah disahkan ditahan, hubungan komunikasi dengan beberapa kapal lain juga terputus. Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk mengesahkan keadaan semua peserta dan anak kapal.

Maklumat terkini mengenai status kapal, tahanan, kecederaan, dan kemungkinan korban  akan dimaklumkan sebaik sahaja disahkan.

Walaupun beberapa kapal telah ditahan, Global Sumud Flotilla akan terus mara tanpa gentar ke pesisir pantai Gaza yang terletak kira-kira 70 batu nautika.

Ini adalah serangan haram terhadap para aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata di perairan antarabangsa. Kami menyeru kerajaan-kerajaan, pemimpin dunia, dan institusi antarabangsa untuk segera menuntut keselamatan serta pembebasan semua yang berada di atas kapal, dan terus memantau situasi ini dengan dekat.

Walaupun sebahagian kapal telah dicekup, Global Sumud Flotilla masih berada 70 batu nautika dari pesisir Gaza dan akan terus mara tanpa gentar.

Seorang peserta Global Sumud Flotilla memberi respon kepada tentera Israel yang mengancam akan menghalang misi kemanusiaan GSF dan akan merampas kapal jika mereka meneruskan perjalanan ke Gaza.

PUKUL 3.15 PAGI:  Penganjur GSF keluarkan kenyataan melalui akaun X memaklumkan:Kapal kemanusiaan kami telah dipintas secara haram. Sistem komunikasi telah diganggu, kamera berada di luar talian, dan anggota tentera telah menaiki kapal kami.

Kami sedang berusaha mengesahkan keselamatan dan status semua peserta di atas kapal. Tindakan ini adalah satu pelanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa dan hak kebebasan pelayaran.

Kami menyeru komuniti antarabangsa, media, dan pertubuhan hak asasi manusia untuk segera memantau situasi ini dan menuntut kebertanggungjawaban.

PUKUL 3.04 PAGI – Kapal dipintas yang ada peserta Malaysia Estrella Y Manuel,Fair Lady,Sirius, Alma, Grande Blu, Adra

PUKUL 2.57 PAGI – Beberapa kapal fotilla yang dipintas, dinaiki tentera Israel.

Lokasi yang menunjukkan kedudukan kapal-kapal flotilla ketika dipintas tentera Israel.

PUKUL 2. 44 PAGI – Tentera laut Israel telah menceroboh naik dua kapal misi konvoi GSF iaitu Alma dan Sirius. Kapal Alma membawa tiga aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza iaitu Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil . Kapal Sirius pula membawa Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli dan Rusydi.

PUKUL 2.19 PAGI – Kapal Alma, Kapal Hio, Nikeno dipintas kapal Israel. Kesemuanya ada peserta Malaysia.

PUKUL 1.49 PAGI  – Pihak Sumud Nusantara Command Centre berpengkalan di Sepang, Selangor telah menerima 10 laporan dari kapal flotila Malaysia, sedang berlaku formasi kapal perang rejim Isralek menghalang dan mengepung kawasan flotila yang sedang belayar.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Datuk Sani Araby dalam satu mesej ringkas menyeru semua untuk mengikuti perkembangan terkini.

Peserta Malaysia, Zizi Kirana di pautan Threads peribadinya mengesahkan beberapa btu natuika di hadapan flotila, kelihatan banyak kapal mula membentuk formasi seakan mahu menghalang laluan misi kemanusiaan ke Gaza.

‘Kami ingin maklumkan kepada semua bahawa ini adalah cubaan blockade yang jelas terhadap misi bantuan. Kami menyeru dunia untuk menyebarkan perkara ini dan menolak sekatan tidak berperikemanusiaan ini,” kata Zizi.

PUKUL 1.30 PAGI 

PUKUL 1.30 PAGI : Penganjur GSF memaklumkan radar mereka mengesan lebih 20 buah kapal tidak dikenali kira-kira 3 batu nautika di hadapan flotilla.

Kehadiran kapal-kapal tersebut dipercayai isyarat kepada kemungkinan sekatan laut terhadap misi bantuan ke Gaza.

Namun GSF menegaskan, mereka tidak gentar dengan ugutan, gangguan atau sebarang usaha untuk mempertahankan sekatan haram Israel ke atas Gaza.

Ia mungklin isyarat

PUKUL 1 PAGI

BEBERAPA kapal Zionis dikesan menghampiri kapal-kapal Flotilla Sumud, sekali gus memaksa pengisytiharan kecemasan di atas kapal. Jarak ke Gaza 80.1 batu nautika (185 kilometer)

Jurucakap flotila itu memberitahu saluran Al-Jazeera Mubasher bahawa lebih 12 buah bot tentera Israel cuba mengenakan sekatan laut terhadap misi tersebut.

Dalam kenyataannya, jurucakap itu turut menyeru masyarakat dunia agar bangkit memprotes pembunuhan beramai-ramai di Gaza serta serangan terhadap flotila bantuan itu.

Kapten Kapal Alma memberitahu Al-Jazeera bahawa sebanyak empat periuk api laut dikesan pada jarak dekat laluan flotilla.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img