Tiga beranak termasuk bayi nyaris maut kereta langgar tiang elektrik

TIGA  beranak termasuk seorang bayi nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terbakar hampir 90 peratus selepas melanggar tiang elektrik di Persiaran Kledang Utara, Taman Gamelan, Menglembu di Ipoh, awal pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.57 pagi melibatkan kereta Proton Preve.

“Setibanya di tempat kejadian, api sedang marak membakar hampir 80 peratus daripada keseluruhan kereta.

“Ketua operasi dimaklumkan terdapat tiga mangsa, iaitu lelaki dan perempuan dewasa serta bayi mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini oleh orang awam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img