Tiga buah rumah setinggan hangus  di Kuala Lumpur, kilang bateri musnah terbakar di Shah Alam

TIGA rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Jalan Kwangyi, Kampung Bellamy berhampiran pekarangan Kubur Nirvana Kuala Lumpur, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada 7.38 pagi dengan kebakaran melibatkan kawasan seluas kira-kira 300 x 300 kaki persegi.

“Rumah terlibat musnah 100 peratus selain kebakaran juga melibatkan masing-masing dua kontena sejuk beku dan kenderaan,” menurut kenyataan itu.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah berjaya mengawal kebakaran pada 8.20 pagi. Saksi kejadian memaklumkan tiada mangsa terperangkap atau cedera dalam kejadian itu.

PGO memaklumkan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Di SELANGOR, Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan JBPM negeri Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata sebuah kilang bateri di Anggerik Mokara, Kota Kemuning, Shah Alam musnah 80 peratus akibat kebakaran.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 7.25 pagi dan menggerakkan 25 pegawai dan anggota BBP Shah Alam yang dibantu BBP Subang Jaya dan BBP Andalas ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah bangunan kelas B iaitu kilang bateri berkeluasan 150 x 150 kaki persegi yang dapat dikawal pada 8.20 pagi,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img