Tiga termasuk dua kanak-kanak melecur , bot laju bawa 36 penumpang terbakar di Labuan

TIGA  termasuk dua kanak-kanak melecur selepas bot yang membawa penumpang dari Menumbok, Sabah ke Labuan terbakar dalam kejadian di perairan Tanjung Batu di Labuan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang melecur di bahagian badan iaitu seorang lelaki berusia 29 tahun merupakan kru bot tersebut bersama dua lagi kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia antara satu dan dua tahun.

Ketua Polis Daerah Labuan Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati bot penambang tersebut telah bertolak dari Terminal Menumbok pada jam 2.45 petang dengan membawa muatan seramai 36 penumpang termasuk dua kanak-kanak serta tiga kru menuju ke Labuan.

“Kebakaran dipercayai bermula di bahagian enjin sebelum merebak ke bahagian lain bot,” katanya dalam kenyataan.

Hamizi berkata, kesemua penumpang dan kru berjaya menyelamatkan diri selepas bot menghampiri pantai.

“Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya pada jam 4.15 petang.

“Ketiga-tiga mangsa yang cedera telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Labuan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Tambahnya, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak JBPM.

Sebelum itu, tular video memaparkan penumpang sebuah bot berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka itu terbakar.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img