Tiga termasuk wanita terlibat kes along upah RM500-RM100 lakukan khianat ditahan

‘’Terima upah RM1,000 untuk setiap perbuatan khianat menggunakan api dan RM550 bagi menyimbah cat serta menampal notis ugutan di rumah mangsa.’’

Itulah modus operasi kumpulan sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau along yang tumpas apabila dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 21 hingga 30 tahun ditahan polis Johor dalam operasi di Johor Bharu dan Kluang pada 4 dan 7 September lalu.

“Siasatan awal mendapati tiga suspek ini berperanan melakukan khianat dan penahanan mereka menyelesaikan 34 kes khianat oleh alonh ,” katanya dalam kenyataan .

Susulan itu, Ab Rahaman percaya 18 kes khianat di Johor Bahru berjaya diselesaikan selain Kulai (6 kes), Kluang (3 kes), masing-masing dua kes di Pontian, Batu Pahat dan Mersing serta satu kes di Kota Tinggi.

Turut dirampas pelbagai barangan digunakan untuk melakukan jenayah itu termasuk botol berisi minyak petrol selain kereta, motosikal dan telefon bimbit.

Ab Rahaman berkata kumpulan itu dipercayai aktif sejak Februari dengan mempromosikan iklan pinjaman melalui media sosial Facebook dan TikTok.

Mereka menjadikan warga tempatan yang bekerja  sebagai sasaran utama dengan transaksi wang dilakukan menggunakan akaun bank berdaftar di republik tersebut.

“Pinjaman akan dikreditkan terus ke akaun peminjam walaupun terma dan syarat perjanjian belum dipersetujui.

“Mangsa dipaksa membayar balik pinjaman dengan kadar faedah tinggi antara 20 hingga 50 peratus dan diugut, disimbah cat atau khianat dengan api sekiranya gagal membuat bayaran,” katanya.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 436, Seksyen 435, Seksyen 427, Seksyen 507 dan Seksyen 202 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img