Tinggal anak beli sarapan, suami isteri cemas anak dilarikan bersama kereta

SEPASANG suami isteri pastinya akan beringat sepanjang hayat selepas ini apabila kereta milik mereka dilarikan individu tidak dikenali bersama anak perempuan berusia lima tahun di Jalan PJS 6/4, Kampung Lindungan di Petaling Jaya semalam.

Ketika kejadian, pasangan berkenaan meletakkan kenderaan di tepi jalan dan meninggalkan anak mereka di dalam kereta untuk membeli sarapan pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima makluman mengenai kejadian itu kira-kira jam 7.24 pagi.

“Pasangan itu menyedari kenderaan mereka telah dilarikan oleh individu tidak dikenali sebelum segera menghubungi polis untuk meminta bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat yang diterima, polis segera melancarkan Op Tutup bagi mengesan kenderaan terbabit.

“Hasil operasi itu dengan bantuan orang awam, kenderaan pasangan itu berjaya dikesan bersama kanak-kanak terbabit di kawasan Apartment Mentari Court, Petaling Jaya, kira-kira tiga jam selepas operasi dijalankan.

“Kanak-kanak berkenaan ditemukan dalam keadaan selamat sebelum diserahkan semula kepada ibu bapanya,” katanya.

Menurutnya, gerakan mengesan suspek yang melarikan kenderaan pasangan itu giat dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan serta tidak menjejaskan siasatan pihak berkuasa.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Azman Ayob di talian 012-223 7272,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img