Treler rempuh pondok tol: Dua kanak-kanak, jurutol antara terselamat

DUA kanak-kanak dan seorang jurutol wanita antara tujuh yang terselamat selepas sebuah treler merempuh pondok tol di Plaza Tol Kota Kemuning di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 9.17 malam.

GAMBAR: JBPM Selangor

“Kemalangan membabitkan sebuah treler dipandu lelaki tempatan yang turut melanggar dua buah kereta.

“Ketika bomba tiba di lokasi semua mangsa selamat keluar dari kenderaan dan hanya jurutol mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama. 

Ahmad Mukhlis berkata, operasi yang melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam tamat pada jam 9.50 malam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img