Tumpu bela nasib rakyat…hentikan tuduh menuduh, serangan peribadi– Mursyidul Am Pas

MURSYIDUL Am Pas, Datuk Hashim Jasin menegaskan, polemik politik yang berlaku bukan sahaja menjauhkan rakyat daripada adab sopan dan akhlak Islamiah, malah tidak memberi sebarang keuntungan kepada agama, bangsa mahupun negara.

Sehubungan itu beliau menggesa semua menghentikan budaya tuduh menuduh dan serangan peribadi yang semakin membarah dalam suasana politik tanah air ketika ini.

“Suka untuk saya memperingatkan diri saya dan semua pihak, bahawa budaya tuduh-menuduh tanpa asas yang kukuh tidak akan membawa sebarang keuntungan. Sebaliknya, ia hanya akan melebarkan jurang perpecahan, menyemai benih kebencian, dan akhirnya merugikan rakyat yang mendambakan pembelaan nasib mereka,” katanya dalam kenyataan.

Hashim turut mengingatkan kepentingan prinsip tabayyun (menyemak,menyiasat sesuatu berita) dan melarang naratif bersifat fitnah yang boleh memecahbelahkan masyarakat.

Beliau berkata,  tenaga dan masa semua pihak sepatutnya digembleng untuk menyelesaikan isu-isu mendesak yang dihadapi rakyat berbanding terus bertelagah.

“Marilah kita mencari titik persamaan demi kestabilan negara. Tenaga dan masa yang ada sepatutnya digembleng untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat, ekonomi, dan kedaulatan negara,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru anggota dan penyokong Pas tidak terheret dalam kancah provokasi serta terus mengamalkan politik matang dan sejahtera demi memelihara silaturahim meskipun mempunyai perbezaan pandangan politik.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img