UMNO ‘tiada hubungan langsung’ dengan DAP, kata Zahid

DATUK Seri Dr.  Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan UMNO tidak mempunyai “hubungan langsung” dengan DAP, sebaliknya menekankan bahawa kerjasama sedia ada dalam kerajaan perpaduan terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan politik.

Pengerusi BN itu berkata, mereka harus meletakkan asas utama bahawa kerjasama ini bukan daripada parti ke parti, tetapi dari segi gabungan ke gabungan

“Hubungan kita ialah antara Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan. Oleh kerana MCA adalah merupakan parti komponen di dalam BN dan DAP adalah parti komponen di dalam PH.

“Maka kita harus meletakkan asas utama dan perkara ini boleh diselesaikan juga kesefahaman dapat dicapai,” katanya lapor Malaysiakini.

 Beliau mengulas ucapan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong pada Perhimpunan Agung Tahunan parti itu 7 Disember lalu dilaporkan memberi amaran agar BN tidak meneruskan kerjasama dengan PH dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid  menegaskan kepentingan mengamalkan “rasionaliti politik”, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16.

“Serahkanlah kepada kepimpinan utama kedua-dua gabungan untuk menangani dan melepasi permasalahan yang ada,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img