Video tular kemalangan jet ski di Sungai Melaka hanyalah penggambaran filem

RAKAMAN video seorang penunggang jet ski terlibat dalam kemalangan di Sungai Melaka yang kini tular sebenarnya hanyalah aksi dalam sebuah filem yang sedang menjalani penggambaran di negeri itu ketika ini.

Video berdurasi kira-kira dua minit itu memaparkan seorang penunggang jet ski terjatuh selepas dilanggar oleh sebuah lagi jet ski ditunggangi lelaki lain.

Selepas beberapa ketika lelaki yang dilanggar itu berada di dalam air sungai, seorang lagi lelaki penunggang jet ski lain dilihat mengangkat lelaki itu dan membawanya ke tebing sebelum dikeluarkan oleh sekumpulan individu.

Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berkata, rakaman video yang tular itu adalah sebahagian daripada penggambaran rasmi sebuah produksi filem yang dijalankan mulai semalam hingga esok.

Menurut kenyataan itu, hasil semakan serta pengesahan bersama pihak produksi, adegan berkenaan telah dirancang lebih awal yang mana ia melibatkan pelakon dan kru profesional.

“Bagi memastikan tahap keselamatan optimum, pasukan perubatan, petugas kesihatan serta ambulans berada di lokasi sepanjang penggambaran, dengan kesiapsiagaan penuh sekiranya berlaku kecederaan atau kecemasan.

“Pihak produksi turut berada di bawah pemantauan dan kerjasama agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan,” kata kenyataan PPSPM itu hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, penggambaran tersebut dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan.

Berikutan itu, orang ramai disarankan tidak membuat tafsiran yang salah atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran awam.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img