Warga emas maut dipercayai dibunuh, anak kandung ditahan bantu siasatan

SEORANG  lelaki warga emas ditemukan maut di ruang tamu rumahnya di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri, Cheras  awal pagi tadi, dipercayai dibunuh oleh anak kandungnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Ridzuan Khalid berkata mangsa yang berusia 62 tahun ditemukan dalam keadaan terlentang, mengalami kecederaan parah di muka serta kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira 3.01 pagi.

Beliau berkata susulan kejadian itu, polis menahan anak lelaki mangsa berusia 24 tahun dan suspek yang juga penganggur direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati berkenaan isu harta keluarga dan polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) untuk bedah siasat.

Ridzuan berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050 / 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img