Zaim Ikhwan kecewa keputusan mahkamah, mahu polis lantik pegawai penyiasat baru cari pembunuh Zayn

BAPA kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari, menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bukit Aman untuk melantik pegawai penyiasat (IO) baharu bagi mencari individu yang didakwa bertanggungjawab membunuh anak lelakinya.

Zaim Ikhwan, 30, mendakwa beliau dan keluarganya tidak lagi mempercayai ketelusan IO sedia ada yang mengendalikan kes tersebut sebelum ini.

“Saya kecewa dengan keputusan hari ini. Semoga semua yang terlibat dalam ketidakadilan dan fitnah terhadap keluarga saya akan menerima balasan Tuhan.

“Pihak polis perlu teruskan siasatan untuk mencari pembunuh anak saya yang masih bebas di luar sana,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini

Zaim Ikhwan turut meluahkan rasa kecewa susulan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas isterinya, Ismanira Abdul Manaf, 30, selepas didapati bersalah mengabaikan Zayn Rayyan, dua tahun lalu.

Katanya, walaupun sukar menerima keputusan tersebut, beliau akan cuba menghadapinya sebagaimana beliau menerima takdir kehilangan anak sulungnya itu pada Disember 2023.

Terdahulu, suasana di mahkamah bertukar kecoh apabila Zaim Ikhwan gagal menahan emosinya selepas Hakim Dr Syahliza Warnoh menolak permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap Ismanira sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

 


 

UNDILAH

[socialpoll id=”2974793″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img