MOHAMMAD Baqer Zolqadr dilantik sebagai Setiausaha baharu Majlis Tertinggi Keselamatan Negara Iran, menggantikan Ali Larijani yang dibunuh Amerika Syarikat- Israel dalam serangan minggu lalu.
Pengumuman itu dibuat oleh Mohammad Mahdi Tabatabaei,Timbalan Bahagian Maklumat di Pejabat Presiden Iran, hari ini.
Menurut kenyataan tersebut, pelantikan Zolqadr dibuat dengan persetujuan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Seyed Mojtaba Khamenei, serta melalui dekri Presiden Masoud Pezeshkian.
Sebelum ini, Zolqadr pernah berkhidmat sebagai Setiausaha kepada Majlis Pakar, sebuah badan penting yang menasihati kepimpinan tertinggi negara mengenai dasar strategik.


