Zus Coffee buat laporan polis kejadian pelanggan bertindak agresif ke atas pekerjanya

RANGKAIAN kedai kopi popular, Zus Coffee membuat laporan polis berhubung satu video tular memaparkan insiden tegang antara pekerja wanitanya dengan seorang pelanggan dipercayai pelancong asing.

Zus Coffee berkata laporan polis itu dibuat Isnin lalu untuk memastikan keselamatan dan melindungi privasi pekerjanya.

“Pekerja tersebut kekal bersama kami dan kini mengambil cuti bergaji untuk pulih dari insiden tersebut. Kesejahteraannya kekal menjadi keutamaan kami. Di Zus kami tidak bertolak ansur dengan tingkah laku agresif dan kami komited untuk memastikan premis kami kekal selamat untuk komuniti,” kata kenyataan itu.

Selain itu Zus juga  meminta pengguna media sosial untuk memadam video berkenaan yang mendedahkan identiti pekerjanya kerana penyebaran berterusan boleh memberi kesan berpanjangan kepada mangsa.

“Kami mengambil peluang ini bagi memperkukuh latihan dan sistem sokongan kami dalam usaha membina budaya kerja yang mampu menangani cabaran dengan profesionalisme dan empati,” katanya.

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan seorang wanita dipercayai pelancong asing memarahi pekerja di sebuah cawangan kedai kopi berkenaan.

Wanita itu juga dilihat melempar secawan kopi kepada pekerja tersebut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img