12 orang termasuk pempengaruh ditahan Maritim, tunda platform terapung bersama kereta

SERAMAI 12 individu termasuk seorang pempengaruh media sosial ditahan oleh Maritim Malaysia Terengganu kerana menunda sebuah platform terapung yang membawa sebuah kereta lengkap dengan bilik tidur berhampiran Pulau Bidong semalam.

Pengarah Maritim Terengganu Hamiludin Che Awang berkata, platform terapung yang ditunda sebuah bot itu ditahan kira-kira 6 petang di kedudukan 16 batu nautika barat laut Kuala Terengganu.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot penumpang digunakan untuk menunda platform terapung itu bersama sebuah lagi bot yang mengiringi aktiviti itu beroperasi tanpa mempunyai lesen sah oleh Jabatan Laut,” katanya lapor Sinar Harian.

Hamiludin berkata platform terapung yang membawa sebuah kereta itu dibina tanpa peralatan keselamatan dan dijadikan lokasi penggambaran oleh pempengaruh media sosial berkenaan.

“Tindakan ini bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi juga membahayakan nyawa kru, penumpang serta pengguna lain,” katanya.

Beliau berkata, susulan itu pihaknya enam kru bot berkenaan serta enam penumpang yang berusia 21 hingga 23 tahun untuk disiasat.

Menurutnya, kedua-dua bot termasuk platform terapung itu dibawa ke Jeti Maritim Negeri Terengganu pada 2 pagi tadi untuk tindakan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana melanggar syarat sah lesen, beroperasi tanpa lesen yang sah serta melakukan aktiviti penundaan tanpa kebenaran,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img