‘’SEBANYAK 10 peratus penduduk Gaza dibunuh oleh Israel…bayangkan jika 1 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) dibunuh, pastinya AS akan melakukan apa sahaja bagi membalasnya.’’
Demikian ditegaskan oleh Presiden Palestinian National Initiative, Dr. Mustafa Al-Bargouti yang mempersoalkan tinakan AS yang terus membiarkan Israel melakukan kekejaman ke atas rakyat Palestin.
“Sebanyak 10 peratus daripada keseluruhan jumlah rakyat Gaza dibunuh Israel,maknanya dalam 200,000 orang memandangkan Gaza mempunyai 2 juta pendudu, ‘’ kata Mustafa kepada Republika di Jakarta.
Beliau berkata, tindakan kejam Israel membunuh penduduk Gaza itu tidak boleh diterima akal dan dunia antarabangsa.

“Tetapi mengapa Amerika terus membiarkan hal ini (pembunuhan di Gaza oleh Israel) terus terjadi, padahal kalau Amerika kehilangan satu juta nyawa daripada rakyatnya tentu dia akan melakukan apa sahaja untuk membalasnya,” tegas Mustafa.
Mustafa berkata jumlah penduduk Gaza yang terkorban melepasi jumlah tentera Amerika yang mati dalam perang-perang yang dihadapi oleh negara kuasa besar itu Amerika.
‘’ Jumlah tentara Amerika yang jadi korban Perang Dunia Ke-1, Perang Dunia Ke-2, perang di Vietnam dan Irak tidak sebanyak rakyat Gaza yang syahid dibunuh Israel,’’ katanya.
Mustafa turut mempersoalkan di mana ahli politik, ahli akademik , pemimpin dari negara-negara maju yang mendakwa mereka sebagai negara beradab dan selalu memprkatakan soal undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia (HAM).
‘’Pembunuhan beramai-ramai di Gaza terjadi di depan mata mereka yang selalu mengajar HAM dan undang-undang. Tetapi mereka tidak menghentikan tindakan Israel melakukan pembunuhan ke atas rakyat Palestin, hal ini menunjukkan sikap ‘double standard negara-negara itu,’’ katanya.
Beliau berkata, ketika Israel membunuh rakyat Gaza, negara-negara berkenaan tidak melakukan apa-apa yang signifikan, tetapi ia berbeza ketika Ukraine diserang oleh Rusia, mereka terus membantu.


