2 maut, 4 parah Proton Saga dinaiki terbabas di Putrajaya

DUA lelaki maut manakala empat lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah Proton Saga yang terbabas di Putrajaya, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya, M Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.58 pagi mengenai kemalangan itu.

GAMBAR: JBPM Putrajaya

Kata beliau, sebaik sahaja dimaklumkan, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 14 bersama pasukan EMRS bergegas ke lokasi kejadian di Presint 1 menghala ke Taman Wetland, Presint 12.

Menurutnya, setibanya di lokasi pada jam 12.07 tengah hari, pasukan mendapati sebuah Proton Saga terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di tepi jalan, dengan beberapa mangsa tercampak keluar dari kenderaan akibat impak kemalangan.

GAMBAR: JBPM Putrajaya

“Enam mangsa terlibat dalam kejadian tersebut dan dua lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya menerusi hantaran Facebook Bomba Putrajaya.

Empat mangsa lain yang cedera parah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan, katanya.

M Haziq berkata, operasi pengasingan mangsa serta kerja pembersihan di lokasi melibatkan tujuh anggota bersama masing-masing sebuah jentera dan unit EMRS dari BBP Presint 14.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img