2 perusahaan dikesan tipu bida tender Lebuhraya CSR RM285 juta – MyCC

DUA perusahaan bakal berdepan hukuman penalti selepas didapati terlibat dalam kartel penipuan bida melibatkan tender pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) oleh Jabatan Kerja Raya bernilai RM285 juta.

Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Tan Sri Idrus Harun berkata, hasil penyiasatan mendapati perusahaan-perusahaan terbabit secara berperingkat melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.

TAN Sri Idrus Harun

“Dua perusahaan tersebut didapati bersetuju untuk terlibat dalam perkongsian maklumat yang diselaraskan dan pakatan dalam penyediaan serta penyerahan bidaan mereka.

“MyCC mendapati bahawa perjanjian sedemikian mempunyai objektif untuk menghalang, menyekat atau mengekang persaingan secara ketara berhubung dengan perolehan awam berkaitan tender CSR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Idrus bagaimanapun berkata, keputusan cadangan hukuman itu adalah dapatan awal dan tidak boleh dianggap sebagai kesimpulan muktamad syarikat berkenaan telah melanggar akta tersebut.

Tambah beliau, semua perusahaan terlibat telah dimaklumkan mengenai penalti kewangan yang dicadangkan dan diberikan tempoh 30 hari untuk mengemukakan representasi bertulis.

“MyCC hanya akan mengeluarkan keputusan akhir selepas mempertimbangkan representasi perusahaan-perusahaan itu bersama bukti semasa penyiasatan,” katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img