POLIS meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Cameron Highlands sejak Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Nurul Syuhada Mohd Faizal,15, dan rakannya, Nur Damia Qaisyara Mohamad Sayuti, 14, semalam.
Beliau berkata, kedua-dua remaja berkenaan beralamat di Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands.
“Nurul Syuhada memakai baju lengan panjang bewarna hijau hitam, tudung putih dan membawa beg galas hitam manakala Nur Damia Qaisyara berbaju lengan panjang, bertudung dengan beg galas hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitanNurul Syuhada boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Tengku Siti Norhana Alena Tengku Othman menerusi talian 017-917 5334 manakala penolong pegawai penyiasat, Sarjan Muhamad Firdaus Abu Hassan melalui 012-581 0798 bagi kes Nur Damia Qaisyara.
Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands menerusi talian 05-491 5999 atau mana-mana balai polis berhampiran.


