3 maut, 5 cedera nahas dua kenderaan di Lebuhraya Pan Borneo

TIGA maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Pan Borneo laluan Serian-Sri Aman, berhampiran Kampung Selepong Jinggau di Sri Aman, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, kemalangan membabitkan sebuah Proton X70 dan Perodua Alza, dengan salah sebuah kenderaan iaitu Perodua Alza terbakar.

KERETA Proton X70 yang terbalik selepas terbabit kemalangan dengan Perodua Alza di Lebuhraya Pan Borneo di Kampung Selepong Jinggau, Sri Aman hari ini. GAMBAR: BBP Sri Aman

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.30 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba pada jam 8.52 pagi, pihak bomba mendapati kereta Perodua Alza sedang marak terbakar.

“Kemalangan itu mengorbankan tiga mangsa yang menaiki Proton X70, terdiri daripada seorang lelaki warga emas, Lau Sie Tung, 70, serta dua wanita dewasa, Grace Lau Chi Ai, 22, dan Lau Yok Leh, 22.

“Dua kanak-kanak lelaki yang berada dalam kenderaan sama cedera di kepala dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Sri Aman,” katanya, lapor BH.

Tiga mangsa dalam Perodua Alza terdiri daripada seorang wanita dewasa dan dua kanak-kanak lelaki, terselamat dengan kecederaan ringan walaupun kenderaan dinaiki mereka musnah terbakar sepenuhnya.

“Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sri Aman menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10 pagi selepas kerja pemadaman dan pembersihan selesai, manakala tiga mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img