46kg bunga ros segar dari India tiada permit dirampas di KLIA

AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merampas tiga kotak bunga ros segar seberat 46 kilogram yang cuba dibawa masuk tanpa Permit Import Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dalam satu pemeriksaan di Zon Perdagangan Bebas (FCZ) KLIA Kargo, di Sepang semalam.

Rampasan dibuat selepas semakan mendapati barangan tersebut merupakan bunga ros segar yang diimport dari India tanpa kebenaran dan permit sah daripada MAQIS.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan AKPS, kes rampasan tersebut disiasat mengikut  Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana mengimport komoditi pertanian tanpa Permit Import MAQIS yang sah.

“Kesemua barangan rampasan telah ditahan untuk tindakan lanjut mengikut prosedur serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu hari ini.

AKPS dalam pada itu menegaskan komitmen berterusan dalam memperketat kawalan kemasukan barangan pertanian demi melindungi keselamatan biosekuriti negara.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img