7 maut helikopter tentera Qatar terhempas

TUJUH maut selepas sebuah helikopter tentera Qatar terhempas di perairan wilayah negara Teluk itu, menurut kenyataan pihak berkuasa hari ini

Kementerian Pertahanan Qatar dan Turkiye memaklumkan bahawa nahas berlaku akibat kerosakan teknikal ketika penerbangan rutin.

Pihak Qatar menyatakan insiden tersebut berlaku semasa operasi biasa, manakala Turkiye menyebut ia terjadi dalam penerbangan latihan.

Daripada tujuh mangsa, empat adalah anggota Angkatan Tentera Qatar, seorang daripada pasukan bersama Qatar–Turkiye, dan dua lagi merupakan juruteknik warga Turkiye.

Dalam kenyataan berasingan, Kementerian Pertahanan Turkiye mengesahkan seorang anggota tenteranya serta dua kakitangan syarikat pertahanan Aselsan turut terkorban dalam nahas tersebut.

Siasatan lanjut akan dijalankan oleh pihak berkuasa Qatar bagi menentukan punca sebenar kejadian. Setakat ini, tiada petunjuk bahawa insiden tersebut berpunca daripada tindakan bermusuhan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img