Polis siasat kes kebakaran lantai rumah mangsa ahlong

SEORANG lelaki terkejut apabila lantai rumahnya terbakar dipercayai akibat dilempar bahan api oleh pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ahlong di Taman Universiti, Skudai, Johor Sabtu lalu.

Mangsa yang berusia 58 tahun mengesyaki kejadian itu berlaku pada awal pagi dan susulan kejadian itu dia membuat laporan di balai polis pada jam 8 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, mangsa membuat laporan pada hari yang sama berhubung kejadian kebakaran yang berlaku di lantai rumahnya itu.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 4.18 pagi. Pengadu memaklumkan menyedari lantai luar rumahnya terbakar selain menemui serpihan kaca serta satu nota yang dipercayai dilempar suspek,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Azrol Anuar berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau bahan letupan, yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menyalurkannya segera dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di talian 07-556 3122.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img