Pengasuh ditahan susulan kematian kanak-kanak berusia setahun

POLIS menahan seorang pengasuh bagi membantu siasatan kes kanak-kanak berusia setahun yang meninggal dunia selepas dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri ke sebuah klinik swasta di Bandar Sri Sendayan, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kanak-kanak perempuan itu dibawa ibunya ke klinik berkenaan pada jam 5.50 petang sebelum doktor bertugas melakukan bantuan pernafasan (CPR), namun mangsa disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa yang dijaga oleh pengasuh berusia 32 tahun itu dikatakan berada dalam keadaan lemah.

“Mangsa dijaga oleh pengasuh sejak kira-kira lima bulan lalu. Mayat kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan keputusan mendapati terdapat kecederaan pada bahagian abdomen. Pengasuh itu ditahan dan diberi jaminan,” katanya, lapor Bernama.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan lanjut masih diteruskan, kata Azahar.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img