MOROCCO muncul juara Piala Arab buat kali kedua selepas menewaskan Jordan 3-2 menerusi masa tambahan dalam perlawanan akhir malam tadi.
Pasukan Atlas Lions menetapkan rentak permainan sejak awal. Mendahului 1-0 selepas empat minit perlawanan bermula melalui Oussama Tannane yang melepaskan rembatan padu dari jarak jauh yang mengejutkan gus memberikan Morocco kelebihan 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Jordan bangkit pada separuh masa kedua. Olwan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-48 sebelum menyempurnakan sepakan penalti 20 minit kemudian, sekali gus meletakkan pasukan Nashama di hadapan 2-1. Jurulatih Morocco bertindak balas dengan melakukan tiga pertukaran penting yang mengubah momentum perlawanan.
Gol penyamaan oleh Hamdallah pada minit ke-87 membawa perlawanan ke masa tambahan . Jordan menyangka mereka kembali mendahului pada minit ke-91, namun jaringan tersebut dibatalkan, sekali gus memanjangkan drama perlawanan. Akhirnya, pada minit ke-100, Hamdallah sekali lagi menemui sasaran untuk memberikan gol kemenangan kepada Morocco.
Morocco menjulang mengangkat Piala Arab buat kali kedua selepas kali pertama pada 2012.
IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI
FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


