Anak mangsa dipercayai terlibat: Kebakaran ragut nyawa dua beranak ada unsur jenayah

POLIS tidak menolak kemungkinan kebakaran yang mengorbankan seorang wanita dan anak angkatnya di Taman Rathna, Telok Air Tawar awal bulan ini dipercayai berpunca daripada anak lelaki mangsa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, siasatan mendapati terdapat unsur jenayah dalam kejadian itu iaitu laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan terdapat kesan petrol di dalam rumah itu.

“Suspek dipercayai bertindak sendirian, namun motif sebenar suspek bertindak sedemikian belum diketahui kerana dia masih menerima rawatan di hospital,” katanya, lapor Bernama.

Pada 10 Disember lalu, seorang wanita berusia lingkungan 50-an dan anak angkat perempuannya berusia lima tahun maut  selepas terperangkap di dalam kebakaran rumah didiami mereka di Taman Rathna.

Dalam kejadian itu, anak lelaki mangsa berusia lingkungan 20-an turut cedera akibat dihempap struktur bumbung yang runtuh dan kini masih dirawat di hospital.

Menurut Azizee, polis sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan selanjutnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img