Pengganas tanam bom dalam masjid, lima terbunuh, 21 cedera di Homs, Syria

SEKURANG-kurangnya lima orang terbunuh manakala 21 yang lain cedera dalam satu letupan pengganas di Masjid Imam Ali ibn Abi Talib, daerah Wadi al-Dahab, Homs di tengah Syria, menurut angka awal hari ini.

Pegawai Kementerian Kesihatan Syria memaklumkan enam kematian dan 21 kecederaan disahkan setakat ini, sambil menegaskan angka tersebut masih bersifat awal.

Kementerian Dalam Negeri pula berkata pasukan keselamatan dalaman segera dikerahkan ke lokasi kejadian dan mendirikan kawalan keselamatan di sekitar masjid, sementara pihak berkuasa berkaitan melancarkan siasatan serta mengumpul bukti bagi mengesan dalang di sebalik perbuatan jenayah itu.

Sumber keselamatan memberitahu agensi berita SANA bahawa siasatan awal mendapati letupan berpunca daripada bahan letupan yang ditanam di dalam masjid.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img