Kestabilan dasar, keberanian reformasi pendorong kejayaan Kerajaan MADANI – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kestabilan dasar, keberanian melaksanakan reformasi serta kepercayaan rakyat menjadi pendorong kejayaan Kerajaan MADANI hari ini.

Beliau menerusi hantaran dalam Facebook hari ini memaklumkan, di dalam negara, ekonomi terus diperkukuh melalui pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan dan pelaksanaan agenda pertumbuhan yang inklusif.

Pada peringkat antarabangsa pula, Anwar berkata, hubungan erat antara kerajaan dengan pelbagai negara serta kumpulan kepimpinan dunia, telah membuka ruang kepada pelaburan strategik selain memperkukuh kedudukan Malaysia di persada global.

“Segala pencapaian ini bukan sekadar angka dan statistik, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat, daripada kesejahteraan keluarga, peluang ekonomi baharu, hingga jaminan masa depan yang lebih berdaya tahan.

“Dengan sokongan padu keluarga, sahabat dan rakyat Malaysia, saya percaya Kerajaan MADANI akan terus melangkah ke hadapan, berkhidmat dengan amanah, dan membina negara yang adil, makmur dan berdaya saing untuk semua,” kata beliau.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img