Polis siasat kes treler `gesel’ kenderaan diletakkan di tepi hentian R&R lebuh raya

POLIS sedang menyiasat insiden membabitkan sebuah lori treler yang dipercayai melanggar tiga buah kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, kes itu kini disiasat oleh Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Kejadian membabitkan sebuah lori treler dan tiga kenderaan persendirian. Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh USLR Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Bernama.

TANGKAP layar video tular beberapa pengguna kenderaan cuba mengalihkan salah sebuah kenderaan yang diletakkan menghalang laluan treler di hentian R&R Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini

Sebelum ini tular video berdurasi kira-kira satu minit yang memaparkan tiga kenderaan diletakkan di tepi laluan R&R itu dilanggar treler berkenaan disebabkan laluan sempit.

Juga tular video beberapa pengguna cuba mengangkat salah satu daripada kenderaan yang dilihat menghalang laluan treler berkenaan namun gagal, menyebankan pemandu kenderaan berat itu terpaksa `menyeret’ bahagian tepi kereta yang menghalang laluannya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img