`Kita Bersama Mereka’… MB Perlis umumkan pemotongan gaji beliau dan Exco

SEHARI selepas dilantik, Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah mengumumkan slogan baharu `Kita Bersama Mereka’ dan sebagai permulaan beliau bersetuju untuk melakukan pemotongan gajinya sebanyak RM3,000 setiap bulan dan RM1,500 sebulan bagi Exco kerajaan negeri yang akan dilantik.

Abu Bakar memberitahu, pemotongan ini merupakan bukti supaya rakyat Perlis boleh melihat hasrat kerajaan negeri yang sanggup berkorban untuk rakyat atau bermaksud ‘kita bersama mereka’.

“Ini antara pengorbanan yang cuba kita buat untuk memajukan negeri dan keadaan ini akan beralih apabila keadaan ekonomi kita berjalan elok, sempurna dan sebagainya,” katanya, lapor Berita Harian.

Abu Bakar juga dilapor berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan dirombak.

Beliau yang Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Perlis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-12 semalam, menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli yang meletak jawatan pada 25 Disember lalu atas faktor kesihatan.

Abu Bakar sebelum ini memegang jawatan Exco Pelancongan, Seni dan Budaya serta Pembangunan Luar Bandar di bawah pentadbiran Mohd Shukri.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img