Kerusi tiga DUN Perlis kekal kosong tetapi tiada PRK, Speaker tarik balik pemakluman kepada SPR

SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN Perlis, Ruse’sele Eizan hari ini menarik balik pemakluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keperluan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) di tiga kerusi DUN yang berlaku kekosongan di luar jangka.

Pada sidang media hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas membuat pertimbangan semula terutama selepas Pas selaku parti komponen Perikatan Nasional (PN)  memberi jaminan bahawa Pas komited  untuk meneruskan kelangsungan keberadaan Pas dalam Kerajaan Negeri Perlis selaras dengan mandat yang diberikan oleh rakyat pada PRU-15.

‘’Kenyataan media Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah  yang memberi jaminan akan meneruskan agenda perpaduan Perikatan Nasional yang masih memiliki majoriti besar iaitu 11 daripada 15 ADUN maka saya mendapati majoriti ADUN Perlis adalah tidak terjejas dengan tiga kekosongan luar jangka,  justeru tidak ada lagi keperluan untuk diadakan PRK bagi tiga kekosongan luar jangka tersebut,’’ katanya.

Bagaimanapun kata beliau, ketiga-tiga kerusi itu kekal kosong.

Tiga DUN yang kosong itu ialah DUN Chuping yang sebelum ini diwakili oleh Saad Seman; Fakhrul Anwar Ismail (Bintong); Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji)

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img