SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN Perlis, Ruse’sele Eizan hari ini menarik balik pemakluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keperluan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) di tiga kerusi DUN yang berlaku kekosongan di luar jangka.
Pada sidang media hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas membuat pertimbangan semula terutama selepas Pas selaku parti komponen Perikatan Nasional (PN) memberi jaminan bahawa Pas komited untuk meneruskan kelangsungan keberadaan Pas dalam Kerajaan Negeri Perlis selaras dengan mandat yang diberikan oleh rakyat pada PRU-15.
‘’Kenyataan media Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah yang memberi jaminan akan meneruskan agenda perpaduan Perikatan Nasional yang masih memiliki majoriti besar iaitu 11 daripada 15 ADUN maka saya mendapati majoriti ADUN Perlis adalah tidak terjejas dengan tiga kekosongan luar jangka, justeru tidak ada lagi keperluan untuk diadakan PRK bagi tiga kekosongan luar jangka tersebut,’’ katanya.
Bagaimanapun kata beliau, ketiga-tiga kerusi itu kekal kosong.
Tiga DUN yang kosong itu ialah DUN Chuping yang sebelum ini diwakili oleh Saad Seman; Fakhrul Anwar Ismail (Bintong); Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji)


