Denmark negara pertama di dunia hentikan penghantaran surat

PERKHIDMATAN pos nasional Denmark, PostNord, telah menghentikan penghantaran surat di negara itu bermula semalam, menurut agensi berkenaan.

Keputusan yang jarang berlaku itu  menjadikan Denmark berkemungkinan sebagai negara pertama di dunia yang menghentikan sepenuhnya perkhidmatan pos surat. Jumlah surat di negara itu telah menurun lebih 90% sejak tahun 2000, kata PostNord.

Agensi tersebut juga merancang untuk menaik taraf operasinya dengan memperkukuh perkhidmatan bungkusan, berikutan peningkatan besar dalam aktiviti pembelian dalam talian di negara itu.

Menurut kenyataan itu, hari terakhir untuk menghantar kiriman asas seperti surat persendirian, surat perniagaan, mel terus, dan penghantaran majalah ialah pada 18 Disember. Agensi itu juga berhenti menerima kiriman segera menjelang 29 Disember 2025.Penghantaran pos antarabangsa turut dihentikan bermula 31 Disember.

“Kami telah memastikan bahawa semua label pos yang dibeli pada tahun 2024 — atau yang akan dibeli pada tahun 2025 — boleh dipulangkan semula untuk bayaran balik bagi tempoh terhad pada tahun 2026 sekiranya ia tidak digunakan pada tahun 2025,” kata agensi tersebut.

Kira-kira 1,500 peti surat di seluruh Denmark telah dicabut, dan dianggarkan 1,500 daripada 4,600 kakitangan PostNord telah diputuskan akan diberhentikan kerja.

“Kami telah menjadi perkhidmatan pos rakyat Denmark selama 400 tahun dan oleh itu ia merupakan satu keputusan yang sukar untuk menutup bab ini dalam sejarah kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PostNord Denmark, Kim Pedersen, dalam satu kenyataan media.

“Rakyat Denmark semakin menjadi digital, yang bermakna hanya tinggal sangat sedikit surat untuk kami kendalikan hari ini, dan penurunan ini berterusan dengan begitu jelas sehingga pasaran surat tidak lagi menguntungkan.”



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img