JPS keluarkan amaran awal banjir di 10 jajahan di Kelantan mulai esok

JABATAN  Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS)  mengeluarkan Ramalan Awal Banjir bagi negeri Kelantan berikutan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS memaklumkan, banjir dijangka berlaku antara 5 hingga 8 Januari ini di 10 jajahan, melibatkan beberapa lembangan sungai utama di negeri berkenaan.

Jajahan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Machang, Kota Bharu, Pasir Puteh, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang, melibatkan antaranya Lembangan Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Semerak, Sungai Kemasin, Sungai Lebir, Sungai Galas dan Sungai Nenggiri.

“JPS akan melaksanakan pemantauan berterusan akanhebahan amaran banjir akan dikemas kini sekiranya hujan signifikan berterusan di lembangan sungai terlibat. Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tarikh yang dijangkakan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, semua agensi pengurusan bencana serta penduduk, khususnya di kawasan berisiko diminta berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Orang ramai juga disarankan mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui portal publicinfobanjir.water.gov.my atau laman Facebook PublicInfoBanjir.

Semalam MetMalaysia mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) susulan jangkaan hujan berpanjangan di beberapa negeri bermula minggu hadapan.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan berterusan dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula 5 hingga 8 Jan ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img