22 juta rakyat Malaysia terima SARA (one off) RM100 mulai 9 Februari

SERAMAI  22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 menerusi MyKad masing-masing bermula 9 Februari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu diberikan secara menyeluruh kepada semua rakyat dewasa tanpa mengira latar belakang.

‘’ Ia ebagai langkah meringankan beban kos sara hidup menjelang perayaan. Ini dengan maksud (untuk) persiapan Ramadan dan juga untuk sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya dalam perutusan khas di Perhimpunan Bulan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Bantuan SARA RM100 one off diperkenalkan kali pertama pada 31 Ogos 2025 kepada semua rakyat Malaysia dewasa 18 tahun ke atas , dengan peruntukan keseluruhan sekitar RM2 billion

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Kewangan dan laporan media, lebih 98 % penerima telah menggunakan kredit SARA untuk membeli barangan asas, dengan jumlah penggunaan kira-kira RM3.3 bilion sehingga 13 Oktober 2025.

Dalam perutusan itu juga, Perdana Menteri turut memberitahu, bantuan SARA bulanan sehingga RM200 akan mula dikreditkan secara berperingkat menerusi MyKad penerima seawal 9 Januari.

‘’Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Satu sehingga RM500 pula akan dikreditkan bermula 20 Januari,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img