Pasangan kekasih ditemukan meninggal dunia dalam kereta

SEPASANG kekasih ditemukan maut di dalam sebuah kenderaan yang diletakkan di kawasan Bandar Sejati Walk, Batu 7, di Sandakan, Sabah hari ini.

Mayat lelaki berusia 18 tahun dan kekasihnya berusia 17 tahun itu ditemukan oleh bapa salah seorang daripada mereka dalam keadaan duduk di bahagian penumpang belakang kenderaan kira-kira jam 8.26 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintenden K Ramasamy berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati kedua-dua si mati dipercayai mempunyai hubungan sebagai pasangan kekasih.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah telah pergi ke lokasi kejadian dan mendapati kedua-dua mereka berada dalam keadaan duduk di bahagian penumpang belakang sebuah kenderaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati semua tingkap kenderaan tertutup rapat dan berkunci, selain itu tiada kehilangan barang berharga dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramasamy berkata, siasatan awal juga mendapati kedua-dua mereka gagal dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing sejak Jumaat lalu.

“Bagaimanapun, bapa kepada salah seorang daripada mereka menemukan kenderaan miliknya di lokasi berkenaan dan mendapati mayat pasangan tersebut di dalam kereta.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh kedua-dua mayat mendapati tiada sebarang kesan kecederaan dan setakat ini siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah atau khianat,” katanya.

Ramasamy berkata, mayat pasangan itu telah diserahkan kepada Jabatan Forensik Hospital Duchess of Kent, Sandakan bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Beri ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img