Polis KL rampas 1.08 juta kg dadah bernilai lebih RM1.10 bilion sepanjang tahun lalu

POLIS Kuala Lumpur merampas pelbagai jenis dadah seberat 1.08 juta kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai lebih RM1.10 bilion membabitkan 18,352 kes di ibu negara sepanjang tahun lalu.

Dalam tempoh yang sama juga, seramai 20,540 suspek disyaki terbabit dalam kes dadah telah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tindakan diambil berlandaskan peruntukan undang-undang seperti Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 dan Pelucutan Hak 1988.

“Tindakan tegas turut diambil ke atas 498 penagih berulang yang ditangkap di bawah Seksyen 39c ADB 1952, memperuntukkan hukuman penjara lima tahun dan tidak lebih tiga sebatan.

“Dalam usaha membanteras aktiviti pengedaran dadah secara total, 77 ahli sindiket telah diambil tindakan di bawah ADB LLPK 1985 sepanjang tahun lalu,” katanya dalam sidang media di IPK Kuala Lumpur hari ini.

Fadil berkata, tindakan sitaan harta turut dikenakan dengan di bawah ADB Pelucutan Hak 1988 dengan nilai sitaan mencecah RM 14 juta membabitkan tanah, rumah, kenderaan, wang tunai dan barang kemas.

Beliau memberitahu, sebanyak 24,149 barangan dadah seberat 2,185kg turut dilupuskan bernilai RM44 juta kes dari 2009 hingga 2024.

“Kita turut melupuskan 3,527 kertas siasatan membabitkan pelbagai kes narkotik sejak 1993 hingga 2016,” katanya.

Menurutnya, JSJN akan terus memerangi dadah sebagai musuh nombor satu negara dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan menerusi hotline JSJN Kuala Lumpur di talian 012-208 7222.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img