Tiga lelaki maut, tiga lagi parah nahas MPV dan van di Gua Musang

TIGA lelaki maut manakala tiga lagi cedera parah termasuk seorang wanita dalam kemalangan di Kampung Paloh, Jalan Gua Musang-Kuala Krai tengah hari tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Pegawai Bomba Kanan I Che Razak Harun berkata, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena yang dinaiki empat lelaki, manakala seorang lelaki dan seorang wanita pula menaiki van jenis Toyota Hiace.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.01 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi pada jam 1.43 petang, pasukan mendapati enam mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu tiga lelaki dalam kereta Nissan Serena meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandunya tersepit dan mengalami kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Bernama.

Menurut Che Razak, dua lagi mangsa termasuk seorang wanita yang menaiki van turut cedera parah dan telah dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img