Suami isteri melecur akibat disambar api ketika selamatkan diri rumah terbakar di Chukai

SEPASANG  suami isteri melecur pada muka, tangan dan kaki akibat disambar api ketika menyelamatkan diri setelah rumah mereka terbakar di Kampung Tok Kapor, Binjai di Chukai hari ini.

 Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hanif Che Khalid berkata dalam kejadian kira-kira 2.45 pagi, Muhammad Haris Kamaruddin, 25, dan isterinya yang juga warga Thailand dikenali Miss Hananee, 29, diberikan rawatan awal Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.51 pagi dan sebanyak 21 pegawai dan anggota bomba dari BBP Chukai dan BBP Kemaman bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, api sedang marak dan kesemua penghuni rumah itu berjaya keluar sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hanif berkata rumah itu terbakar kira-kira 50 peratus dan kebakaran turut melibatkan sebuah motosikal Yamaha RXZ yang  terbakar 100 peratus manakala sebuah Perodua Myvi terbakar hampir 15 peratus.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal kebakaran daripada merebak sebelum operasi pemadaman ditamatkan pada 5.07 pagi,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img