Kesihatan PM tahap memberangsangkan, boleh teruskan semua tugas rasmi

KESIHATAN  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada tahap yang memberangsangkan, sekali gus membolehkan beliau meneruskan semua tugasan rasmi seperti yang dijadualkan.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang Dr Farique Rizal Abdul Hamid memaklumkan keputusan tersebut diperoleh, selepas pemeriksaan kesihatan berkala yang dijalani Perdana Menteri di hospital itu hari ini.

“Pemeriksaan ini juga mencerminkan komitmen berterusan YAB Perdana Menteri dalam memastikan tahap kecergasan dan kesejahteraan diri sentiasa terpelihara, demi menjamin keupayaan beliau memimpin negara dan menunaikan amanah kepada rakyat dengan penuh kesungguhan dan dedikasi,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img